Dua pendekatan noktahkan kemiskinan tegar - Nancy
KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menggunakan dua pendekatan bagi menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.
Menurutnya, langkah tersebut adalah memperkasakan ekonomi untuk komuniti dan juga meningkatkan ekonomi bagi kaum wanita.
Jelasnya, bagi memperkasakan ekonomi komuniti, latihan kemahiran, ilmu pengetahuan dan kepimpinan untuk belia menyiapkan diri dalam arena pekerjaan, serta perniagaan disediakan.
“Kita ada ramai belia di luar sana dan kita perlu merancang untuk mereka dan ekonomi negara kita dengan memberikan latihan kepada mereka.
“Kita juga perlu menyediakan pinjaman mikro dan latihan celik kewangan serta teknologi maklumat kepada setiap lapisan masyarakat. Penggunaan teknologi amatlah penting pada masa kini.
“Ia terbukti semasa Covid-19, para pemain industri terutama dalam bidang perniagaan memerlukan platform ini untuk penjualan barangan mereka. Bayangkan, orang kampung pada masa itulah menjual nasi lemak sacara dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang bertajuk Memperkasa Ekonomi Rakyat di diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.
Selain itu, menurutnya, langkah lain adalah mengenal pasti faktor yang menghalang peluang perusahaan dan sara hidup di kawasan setempat.
Tambah Nancy, kesedaran untuk melindungi rantaian bekalan yang sedia ada juga perlu diwujudkan bagi memastikan tiada masalah berkenaan perkara tersebut.
“Seterusnya adalah program ‘Adopt A Village. Tujuan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup yang baik di kawasan kampung. Salah satu inisiatif kerajaan adalah menyediakan kemudahan internet di kawasan luar bandar.
“Dengan kemudahan internet ini, masyarakat luar bandar boleh memperbesarkan pasaran pertanian mereka ke seluruh dunia,” ujarnya.
Bagi memperkasakan ekonomi wanita pula, Nancy berkata, golongan tersebut perlu dilengkapkan sepenuhnya dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, ilmu perniagaan dan sifat kepimpinan selain menyediakan pinjaman mikro serta latihan celik kewangan dan teknologi maklumat.
“Memandangkan populasi wanita seramai 15.4 juta iaitu 47.7 peratus, maka adalah sangat penting untuk melibatkan wanita dalam mengembangkan ekonomi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'
ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai
ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini
ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan
ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'
ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi
ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu
ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan
ARTIKEL BERKAITAN:19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian
ARTIKEL BERKAITAN:Insurans Rahmah dilancar hujung bulan ini - Salahuddin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!