'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

Zambry berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC KL pada Ahad.
Zambry berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC KL pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyeru agar kebencian tidak lagi ditanam dalam hati ahli 19 parti Kerajaan Perpaduan supaya Malaysia Madani dapat terus mengorak langkah ke depan.

Zambry berkata, perkara yang perlu ditanam dalam diri ahli adalah sifat ihsan dan bukannya kebencian.

Menurutnya, ia menjadi satu daripada lima jalan atau tips untuk meletakkan Kerajaan Perpaduan terus berada di hadapan.

"Cari juga titik persamaan dan bukan perbezaan. Kalau kita gunakan pentas untuk mencari titik perbezaan maka kita tak akan cari titik persamaan itu.

"Ini juga masa untuk kita berkolaborasi antara satu sama lain dan bukan berkonfrontasi. Ini pertama kali semua parti daripada latar belakang berbeza berkumpul bagi menunjukkan keinginan untuk jadi negara yang hebat," katanya pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini pada Ahad.

Zambry memberitahu, tips berikutnya setiap pemimpin parti perlu sedar bahawa mereka berkongsi kuasa serta perlu mengambil hikmah daripada penyatuan berkenaan.

"Hari ini kita menyaksikan satu lagi sejarah iaitu pertemuan 19 parti yang bergabung atas nama Kerajaan Perpaduan.

"Kali ini kita mengenal satu lagi ungkapan bersejarah iaitu Malaysia Madani. Malaysia Madani bukan retorik, ia merupakan satu bentuk pembentukan negara demi manfaat rakyat yang sedang berhadapan pelbagai cabaran," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu>

Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan

19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!