'Selamat Hari Ibu, love you mama' - Nurul Izzah

Nurul Izzah memuat naik gambarnya bersama Wan Azizah - Foto Facebook Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah memuat naik gambarnya bersama Wan Azizah - Foto Facebook Nurul Izzah Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencuri perhatian warganet apabila menuliskan ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman Facebook pada Ahad.

Lebih istimewa, Nurul Izzah turut memuat naik gambarnya bersama Wan Azizah di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan julung kali di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

"Jumpa mama saya di tempat kerja sempena Hari Ibu. Selamat Hari Ibu. Love you (mencintaimu), mama," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua individu yang bergelar ibu.

"Sebagaimana beban yang ditanggung, selaku tempat berteduh, tempat berlindung, tempat mengeluh.

"Kasih itu berterusan berbekal keikhlasan dan pengorbanan, tidak semestinya menerusi ikatan DNA semata-mata," ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di Facebook mendapati rata-rata orang ramai memberi ucapan selamat kepada pasangan ibu dan anak berkenaan.

"Pengalaman peribadi saya, Datin (Wan Azizah) ialah ibu yang paling kuat dan kamu ibu yang berani juga Yang Berhormat (YB) Izzah tercinta. Selamat Hari Ibu buat kamu berdua," komen pengguna akaun Facebook bernama Si Lay.

"Bangga dengan kamu berdua, YB dan anda berdua ialah contoh hebat wanita kuat yang mengimbangi dengan menjadi ibu baik dan wanita memberi inspirasi. Terima kasih kerana membuat kami sebagai wanita, bangga," luah pengguna akaun Facebook Shereen Kulasingham.

"Dua wanita besi (iron lady). Titipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada anda berdua yang telah melakukan hal hebat," ujar pengguna akaun Facebook Siti Fatimah Jamel.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!