Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM
KUALA LUMPUR - "Bagi kita yang masih punyai ibu, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang,” demikian seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena memperingati sambutan Hari Ibu, pada Ahad.
Anwar ketika menyampaikan amanat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka mengambil kesempatan itu mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.
"Sumbangan, latihan, pendedahan, menjadi tempat mengadu dan kasih mereka itu sukar diganti. Yang ada isteri yang juga ibu kepada anak-anak, tunjuklah kasih sayang kepada mereka.
"Yang telah meninggalkan kita, pastikan kita sentiasa mendoakan mereka dan semoga ALLAH memberikan keampunan dan kasih sayang kepada mereka,” kata Perdana Menteri.
Anwar juga sempat menyanyikan bait-bait lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, berjudul 'Sungguh Malangnya Nasibku' yang mengisahkan kehidupan insan tanpa sosok bergelar ibu dan ayah.
Beliau turut mengaitkan situasi lagu itu dengan kisah pemergian ibunya ketika beliau menjalani hukuman di penjara.
Anwar berkata: "Lagu P Ramlee berbunyi, ‘...tidak bertempat nak mengadu, alam keliling membisu, kalau ada ayah dan ibu, Tak kan begini nasib ku....’”.
"Kalaupun ada sekali saya menangis ialah ketika saya puluhan tahun dalam penjara, ibu saya meninggal dunia dan saya meringkuk di dalam penjara,” katanya.
Sambutan Hari Ibu di Malaysia disambut pada 14 Mei setiap tahun. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16
ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda
ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'
ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air
ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka
ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’
ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal
ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan
ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry
ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup
ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!