Kulanthayan terima anugerah Ikon Keselamatan Jalan Raya
SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menganugerahkan Ikon Keselamatan Jalan Raya kepada Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Kulanthayan KC Mani.
Menurut kenyataan JPJ, penganugerahan itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.
"Anugerah diberikan kepada individu berdasarkan jasa dan sumbangan yang signifikan dalam melestarikan sektor pengangkutan negara," katanya.
Kulanthayan adalah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan mendapat kelulusan Doktor Falsafah (Kejuruteraan (Pengangkutan) dari UPM pada tahun 2002 serta Diploma Keselamatan Trafik dari Lund University, Sweden pada 2007.
Beliau adalah juga Pemenang Anugerah Prince Michael International Road Safety Award tahun 2017 di United Kingdom serta Pengerusi Lembaga Pengarah Global Alliance of NGOs for Road Safety berdaftar di Geneva mulai 2022.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!