Jururawat dituduh bunuh pesakit, keputusan bicara hari ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MUNICH - Perbicaraan seorang jururawat di Mahkamah Munich, Jerman yang didakwa membunuh dua pesakitnya dijangka dimuktamadkan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam perbicaraan sebelum ini di Mahkamah Wilayah Munich I, lelaki itu mengakui kesalahan terbabit, tetapi tidak berniat menyebabkan kematian.

Dalam hujah pembelaannya, tertuduh mendakwa dia sering meminum alkohol sebelum bertugas dan akan tidur di tempat kerja.

Oleh itu, tertuduh membius pesakit dengan dos berlebihan supaya dia tidak diganggu.

"Saya melakukan kesilapan besar,” kata tertuduh pada awal perbicaraan pada Januari.

Menurut pendakwaan, tertuduh menyuntik pesakit dengan ubat penenang, adrenalin atau ubat pencair darah.

Dua pesakit berusia 80 dan 89 tahun meninggal dunia pada 2020 di hospital tempatnya bekerja. Pihak pendakwaan turut mendakwanya atas enam pertuduhan cubaan membunuh.

Pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara seumur hidup, tahanan pencegahan terhadap tertuduh, dan penentuan kesalahan berat. - Bernama/ dpa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!