Pogba sempat main 24 minit

Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24
Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24
A
A
A

GOL separuh masa kedua Nicolo Fagioli dan Gleison Bremer membolehkan Juventus menang selesa 2-0 ke atas kelab kedua tercorot Cremonese dalam Serie A di Stadium Allianz.

Bagaimanapun tiga mata diraih hasil jaringan minit ke-55 dan 79 kedua-dua pemain itu yang mengukuhkan cengkaman The Old Lady di tangga kedua liga terpalit insiden kecederaan Paul Pogba, arkitek kelab Turin tersebut.

Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24 dengan pemain berusia 29 tahun Arkadiusz Milik yang dipinjamkan dari kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.

Pemain tengah Perancis tersebut sebelum ini kembali ke Juventus musim panas lalu, namun bergelut kecederaan memulakan permainan lebih tenang ketika dia memulakan perlawanan buat kali pertama sejak April lalu ketika bermain untuk Manchester United di Liverpool.

Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24
Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24

Namun Pogba hanya bertahan lebih 20 minit sebelum kembali cedera dan meninggalkan padang dengan linangan air mata menuju ke terowong.

"Sejujurnya saya amat memerlukan dia sebagai penyerang tambahan pasukan ini.

"Dalam situasi sebegini anda perlu berharap tiada apa-apa yang berlaku. Lambat laun saya terpaksa mencuba dan memulakannya kembali semula.

"Kami semua minta maaf, dia juga melakukannya dengan agak baik dan tanpa dia kami bergelut untuk mencari kedudukan. Kini dia pasti perlu direhatkan sementara selagi dia berasa sakit," kata jurulatih Massimiliano Allegri.

Media tempatan melaporkan bahawa Pogba yang juga memulakan aksi Serie A pertamanya sejak Mei 2016, mengalami masalah otot.

Sebagai rekod, Juventus kini di tempat kedua, yang pada Jumaat bertandang ke Stadium Ramon Sanchez Pizjuan berdepan Sevilla untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa selepas terikat 1-1, mendahului lapan mata daripada AC Milan yang berada di tangga kelima dalam perebutan kedudukan empat teratas Serie A.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!