Semakin pulih, Mamat Khalid jalani fisioterapi

Mamat Khalid
Mamat Khalid
A
A
A

PENERBIT dan pengarah terkenal, Mamat Khalid memberitahu kesihatannya melibatkan jantung, paru-paru dan buah pinggang sudah semakin stabil selepas tiga minggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), pada awal Januari lalu.

Katanya,jika ada kebimbangan sekalipun, hanya perlu memberi perhatian pada hatinya.

Bagaimanapun disebabkan terlalu lama berada dalam tempoh koma, banyak ototnya yang mengecut dan beliau perlu menjalani sesi fisioterapi di rumah dengan bantuan pembantu perubatan (MA).

"Ketika koma, banyak otot saya yang kecut menyebabkan saya harus kembali membina otot dengan melakukan rawatan fisioterapi di rumah dengan bantuan MA (pembantu perubatan).

"Selebihnya, saya harus mengawal pemakanan selain menjalani kehidupan yang lebih sihat," katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Pada Januari lalu, Mamat berada dalam keadaan kritikal ketika dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor selepas mengadu sakit dada dan batuk.

Biarpun kini berkerusi roda dan mengalami penyusutan berat badan, namun figura berusia 56 tahun ini tidak sabar untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan.

"Saya bersyukur kerana keadaan semakin stabil. Alhamdulillah, terima kasih kepada ALLAH kerana mengurniakan kesihatan yang baik buat saya.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih juga pada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan saya," ujarnya.

SUMBER: ASTRO AWANI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!