PKNS kekal harga rumah walau pasaran perlahan

Muhammad Sobree
Muhammad Sobree
A
A
A

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) antara pemaju yang berjaya mengekalkan harga rumah semasa walaupun berdepan isu kenaikan harga binaan pasaran.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Muhammad Sobree Zainal Abidin berkata, PKNS masih mengekalkan objektif sama untuk membina rumah buat rakyat di Selangor.

Menurutnya, PKNS turut menjalin kerjasama dengan pihak perbankan dalam membantu pembeli mendapatkan pinjaman dengan pekej menarik.

"Alhamdulillah walaupun pasaran agak perlahan namun PKNS mengekalkan jumlah pembinaan rumah dan juga merupakan pemaju yang mengekalkan harga rumah walaupun hadapi isu kenaikan harga barang binaan.

"PKNS banyak bekerjasama dengan pihak perbankan, ada yang tawarkan promosi istimewa untuk pelanggan PKNS.

"Disamping itu, PKNS juga bekerjasama dengan Samsung menyediakan pekej pembelian barangan elektrik. Ini membolehkan pembeli rumah PKNS mendapatkan harga istimewa untuk perkakasan elektrik berkenaan," katanya ditemui pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin.

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS 2023 yang berlangsung di SACC pada Isnin.
Antara tetamu yang hadir pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS 2023 yang berlangsung di SACC pada Isnin.

Antara pemimpin yang hadir pada program berkenaan termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan Exco Kerajaan Negeri selain bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, Muhammad Sobree berkata, rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini menunjukkan peningkatan kehadiran sehingga 2,000 orang berbanding tahun lepas seramai 1,500 tetamu.

Beliau berkata, program tahunan itu merupakan inisiatif PKNS untuk meraikan Aidilfitri bersama rakan korporat dan rakan strategik serta pihak berkepentingan yang berurusan dengan PKNS.

"Selain menyambut hari raya, majlis ini juga dapat perkukuh sinergi kerjasama diantara PKNS dan pihak yang berurusan dengan PKNS.

"Tahun ini kita mencatakan kehadiran paling ramai, saya percaya ini kerana bisnes PKNS semakin berkembang dan kenalan perniagaan juga semakin ramai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!