Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ibu tidak mengaku bersalah amang seksual dua anak kandungnya

A
A
A
BERITA MOJO 15 MEI 2023

Seorang ibu kepada lima anak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang pada Isnin, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak lelakinya dan satu pertuduhan mengarahkan suatu pornografi dalam bentuk video, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Wanita yang tidak bekerja berusia 33 tahun itu, membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Mengikut tiga pertuduhan, dia yang memakai blaus kuning gelap, didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki (ketika kejadian) berusia 14 dan 12 tahun, bagi tujuan seksual.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam di sini pada jam 8 malam, November 2022 lalu.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa telah mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada jam 2 pagi, 17 dan 18 Februari tahun lalu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Artikel: http://bitly.ws/EySw

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian