Ucapan Ahmad Zahid tunjuk kerjasama UMNO, PH 'suka sama suka'

Shahril
Shahril
A
A
A

SHAH ALAM - Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menunjukkan ekspresi bahawa kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH) adalah ‘suka sama suka’, bukan ‘kahwin paksa’, kata bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Menurutnya, berdasarkan ucapan Ahmad Zahid pada Ahad itu, UMNO kini dilihat suka pada PH dan mahu mengangkat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara melangkaui Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Ini bukan lagi titah Yang di-Pertuan Agong, terpaksa, bukan lagi mudarat kecil atau besar (tetapi), ini adalah UMNO nak jadi ‘second feudal’ kepada PH.

“Saya tak tahu orang UMNO sedar atau tidak, tetapi kalau saya tengok ucapan Ahmad Zahid, dia kata Anwar dizalimi dan pada PRU16 kita (UMNO) akan pergi bersama Anwar, akan sokong beliau sebagai Perdana Menteri, saya rasa itu betul-betul ‘noted worthy’ (menarik),” katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Shahril Sufian (kanan) ketika dalam Program Podcast Keluar Sekejap pada Isnin.
Shahril Sufian (kanan) ketika dalam Program Podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Turut hadir ke program tersebut ialah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pada Ahad, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan buat julung kali menghimpunkan lima gabungan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya di konvensyen di Pusat Dagangan Dunia (WTC) berkata, Anwar dahulu pernah diaib dan dizalimi pada 25 tahun yang lalu sebelum menjadi Perdana Menteri ke-10

Bagaimanapun, ketika mengulas mengenai reaksi Anwar berhubung dengan ucapan Ahmad Zahid itu, ujar Shahril, Ahli Parlimen Tambun itu tidak 'menyambut’ kenyataan tersebut.

“Dia ada puji Datuk Seri Ahmad Zahid, dia ada kata tanpa UMNO, Malaysia hari ini tidak akan seperti mana kita ada pada hari ini

“Dalam soal melangkaui bersama dalam PRU16 itu, yang menariknya Perdana Menteri dalam ucapannya (di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan), dia tidak sambut,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!