Bunuh pesakit, jururawat dihukum penjara seumur hidup

Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya. Foto hiasan 123RF
Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya. Foto hiasan 123RF
A
A
A

MUNICH - Seorang jururawat di Jerman berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dua pesakit di bawah jagaannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pihak pendakwaan turut mendakwanya atas enam pertuduhan cubaan membunuh.

Disebabkan kesalahan yang dilakukan amat serius, mahkamah memutuskan lelaki itu hampir pasti tidak layak dibebaskan awal selepas 15 tahun.

Mahkamah juga mengenakan larangan bekerja sebagai jururawat seumur hidup.

Tertuduh mengaku bahawa dia telah menyuntik pesakit dengan dos berlebihan di wad pemulihan di sebuah hospital di Munich.

Dalam hujah pembelaannya, tertuduh mendakwa dia sering meminum alkohol sebelum bertugas dan akan tidur di tempat kerja.

Oleh itu, dia membius pesakit dengan dos berlebihan supaya dia tidak diganggu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!