City buru gelaran treble
MANCHESTER City berada di landasan terbaik untuk merangkul juara treble pada musim ini.
Keyakinan itu disuarakan pertahanan The Citizens, Aymeric Laporte yang percaya skuad bimbingan Pep Guardiola itu layak meraih banyak perkara.
"Kami berhak mendapat banyak perkara. Moga boleh dapat treble, tetapi kami perlu fokus dalam setiap perlawanan," katanya.
Jika City menewaskan Real Madrid awal pagi Khamis, mereka akan berada di final Liga Juara-Juara kedua dalam tempoh tiga musim.
The Citizens juga berpeluang untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima dalam tempoh enam tahun pada hari Ahad dengan kemenangan ke atas Chelsea.
Perlawanan akhir pertama Piala FA menentang Manchester United menanti mereka pada 3 Jun.
Selepas Arsenal tewas 0-3 kepada Brighton memberi peluang kepada City untuk merangkul gelaran EPL di tempat sendiri dengan baki dua perlawanan dan Laporte mengakui fokus semakin jelas.
"Ia besar untuk kami dan penting untuk musim ini," ujar Laporte.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!