'Hanya buka untuk pelanggan tetap'

Antara wanita yang ditahan dan rampasan wang tunai susulan serbuan Op Noda di sebuah hotel di Klang, Jumaat lalu (kiri). Antara rampasan wang tunai susulan serbuan Op Noda di sebuah hotel di Klang, Jumaat lalu (kanan).
Antara wanita yang ditahan dan rampasan wang tunai susulan serbuan Op Noda di sebuah hotel di Klang, Jumaat lalu (kiri). Antara rampasan wang tunai susulan serbuan Op Noda di sebuah hotel di Klang, Jumaat lalu (kanan).
A
A
A

KLANG - Aktiviti pelacuran wanita warga asing di sebuah hotel, di sini dibongkar selepas digempur polis, Jumaat lalu.

Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dijalankan hasil maklumat dan risikan.

Menurut sumber, Op Noda itu berjaya menahan 11 individu membabitkan warga tempatan dan asing yang terdiri daripada penjaga premis, pekerja khidmat seks serta pelanggan.

"Turut dirampas pelbagai barangan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti persundalan seperti kondom, minyak urut dan pelincir.

"Premis yang beroperasi di tingkat tujuh premis hotel ini hanya dibuka kepada pelanggan tetap yang telah membuat tempahan sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambah sumber, premis terbabit juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau pergerakan keluar masuk serta mengesan kehadiran pihak polis.

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan terbabit.

"Bahagian D7 komited untuk meneruskan operasi sebegini dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti maksiat dan pelacuran.

"Sebarang maklumat berkaitan kegiatan maksiat dan pelacuran boleh disalurkan di talian hotline 019-3764763," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!