Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Menteri UMNO bangkit isu kalimah Allah dalam mesyuarat Kabinet

A
A
A

BERITA SEMASA 16 MEI 2023

Menteri UMNO akan membangkitkan isu penarikan rayuan kalimah ALLAH di dalam mesyuarat kabinet esok.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penyelesaian menyeluruh perlu dibincang dan dicapai termasuk pendekatan perundangan kukuh merangkumi perkara itu ke Mahkamah Persekutuan selain pendekatan perundangan.

Tambah Azlina, UMNO akan terus berjuang menegak dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada Isnin, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilapor menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Artikel: https://bit.ly/3Ig40bL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian