KBS lancar kelas zumba percuma untuk kaum ibu di PPR
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kelas zumba itu akan diadakan setiap hujung minggu bagi membolehkan mereka beriadah dan berehat selepas seminggu bekerja serta menjaga keluarga.
"Ramai ibu yang sibuk bekerja dan tidak bersenam, mereka menjadi penjaga. Ini adalah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk mencegah orang ramai daripada jatuh sakit,” katanya semasa perjumpaan kelab Concorde bersama wartawan kanan di sini pada Selasa.
Menurut Hannah, golongan ibu yang tinggal di PPR akan dapat menyertai kelas berkenaan kerana ia akan dijalankan dalam kawasan tempat tinggal.
"Kita sediakan kelas zumba percuma untuk sesiapa sahaja tapi tumpuan diberikan kepada golongan ibu kerana mereka menjaga anak-anak dan tidak boleh pergi jauh untuk bersenam dan kawasan tempat tinggal tiada padang,” katanya.
Kelas berkenaan akan dilancarkan dalam masa empat minggu bersama dengan pemerkasaan program Rakan Muda. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!