Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Anggota bomba dari BBP Bentong melakukan pencarian remaja yang dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di sungai berhampiran D'kasai Riverside (Monkey Rock) Kampung Orang Asli Gabong, Bentong pada Selasa.

A
A
A

KUANTAN - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus ketika mandi bersama tiga rakan di sungai berhampiran D'kasai Riverside (Monkey Rock) Kampung Orang Asli Gabong, Bentong pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, 17, dari Felda Lakum, Lanchang,Temerloh.

Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR dilakukan melalui pencarian di permukaan sekitar kawasan lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

"Setakat jam 6 petang mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih dijalankan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!