Jurusensor senjata pesawat pejuang Sukhoi TUDM maut nahas

Mejar Hendrinraj Pulvendiran (gambar kecil) maut dalam kemalangan jalan raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Selasa.
Mejar Hendrinraj Pulvendiran (gambar kecil) maut dalam kemalangan jalan raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang jurusensor senjata pesawat tempur Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan jalan raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada Selasa.

Menurut TUDM dalam satu kenyataan, Mejar Hendrinraj Pulvendiran yang berkhidmat di Pangkalan Udara Gong Kedak sedang bertugas di Pangkalan Udara Butterworth ketika kejadian.

Katanya, mendiang meninggalkan isteri, Ann Linda Anthonysamy dan seorang anak lelaki berusia dalam lingkungan tiga tahun.

Mengulas lanjut, TUDM berkata, Panglima Operasi Udara telah menyantuni waris mendiang, menyampaikan ucapan serta surat takziah dan sumbangan kematian.

"Seterusnya beliau dan warga udara yang berada di Bangunan Pergerakan Udara telah memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

"Kumpulan pengusung kemudiannya turut memberikan penghormatan dan mengusung keranda menaiki kenderaan untuk dibawa pulang ke kediaman keluarga di Seremban bagi tatapan dan penghormatan terakhir oleh waris, ahli keluarga, saudara mara serta kenalan sebelum urusan pengebumian dilaksanakan dengan bantuan Pangkalan Udara Gong Kedak dan Pangkalan Udara Sendayan yang dijadualkan pada 18 Mei 23.

"TUDM turut mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang yang juga merupakan suatu kehilangan aset TUDM iaitu sumber manusia.

"Semoga mereka tabah dan bersabar menerima ujian hidup kehilangan orang yang disayangi," katanya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!