39 kru hilang, kapal nelayan China karam di Lautan Hindi
BEIJING - Seramai 39 anak hilang dalam kejadian kapal nelayan China karam di tengah Lautan Hindi, Sputnik memetik laporan Televisyen Pusat China pada Khamis.
Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira jam 3 pagi Rabu (19:00 GMT), menurut laporan itu.
Terdapat 39 orang di atas kapal itu, termasuk 17 warga China, 17 warga India dan lima warga Filipina. Tiada seorang pun yang hilang ditemui, dan operasi menyelamat dan mencari sedang dijalankan, lapor penyiar itu.
Susulan insiden itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan mekanisme tindak balas kecemasan segera diaktifkan, pasukan mencari dan menyelamat tambahan dihantar, dan bantuan mencari dan menyelamat antarabangsa diselaraskan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!