Time To Success anjur Gala Night

 Pengedar yang menerima hadiah kereta dan pakej umrah.
Pengedar yang menerima hadiah kereta dan pakej umrah.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Time To Success, syarikat pengeluar jam terapi menganjurkan Gala Night bagi meraikan pengedar setianya bertempat di Dewan Seri Kasih, Cheras, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Amerrudin Mohamed berkata, objektif utama penganjuran majlis berkenaan adalah untuk memberi penghargaan khususnya kepada pengedar yang mencatatkan jualan tertinggi sejak jam itu mula diperkenalkan pada tahun 2017.

Menurut beliau, setakat ini seramai 5,000 orang pengedar jam tangan berkenaan didaftarkan di seluruh negara.

“Mereka ini asalnya adalah pengguna jam terapi ini dan selepas terbukti gabungan teknologi scalar energy dan nano berupaya membantu penyembuhan mereka kemudian menjadi pengedar untuk membantu orang lain pula,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di sini.

Amerrudin berkata, setiap pengedarnya bermula daripada memperbaiki kesihatan rohani dan jasmani dan akhirnya ia bertukar kepada pendapatan.

Difahamkan pengedar yang hadir pada malam berkenaan datang dari Johor, Perak, Pahang dan sekitar Lembah Klang.

Pada malam berkenaan anugerah diberikan mengikut beberapa kategori: Anugerah Royal VVIP, Top Stokis, Top Income, selain anugerah khas yang melayakkan penerimanya mendapat pakej umrah dan sebuah kereta.

Sementara itu salah seorang penerima anugerah, Fainah Rais berkata, majlis berkenaan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pengedar.

Artikel Berkaitan:

“Ia memberi semangat kepada kami untuk terus membantu dan memberi harapan kepada orang lain melalui jam tangan ini kerana saya sendiri sebelum ini adalah penghidap kanser,” katanya.

Maklumat lanjut layari www.time2success.net atau Facebook: time2success

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!