Cuaca panas: Terima cadangan darurat jika kerajaan fikir sesuai

Tengku Mohamad Rizam memotong kek sempena Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.
Tengku Mohamad Rizam memotong kek sempena Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Pejabat Mufti Kelantan menerima cadangan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan darurat jika perkara itu difikirkan sesuai.

Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata, pejabat mufti juga menyokong usaha itu bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.

"Kita tiada halangan jika kerajaan fikirkan perkara itu munasabah dan sesuai dengan situasi semasa," katanya.

Nik Abdul Kadir
Nik Abdul Kadir

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini pada Khamis.

Majlis disempurnakan dengan kehadiran Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, Pejabat Mufti Kelantan masih menggalakkan masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat bagi memohon hujan.

"Kita harap ALLAH SWT mengubah keadaan kepada yang lebih baik bagi mengelakkan masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat jika cuaca terlalu panas.

"Alhamdulillah hujan sudah berlaku sejak beberapa hari lalu dan kita jangan berhenti berdoa supaya keadaan bertambah baik," katanya.

Tengku Mohamad Rizam melawat reruai makanan yang disediakan kepada tetamu Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.
Tengku Mohamad Rizam melawat reruai makanan yang disediakan kepada tetamu Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.

Lebih 2,000 hadir memeriahkan Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri dengan menikmati pelbagai juadah hari raya melibatkan lebih 30 reruai makanan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas melanda negara ini.

Bagaimanapun menurut beliau perkara itu belum diputuskan buat masa ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!