Korban akibat denggi meningkat kepada 29 tahun ini
PUTRAJAYA - Jumlah korban akibat denggi meningkat kepada 29 kes sejak awal tahun apabila dua lagi direkodkan pada pada minggu epidemiologi ke-19 (ME19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ia sekali gus menyaksikan peningkatan berbanding sembilan kematian bagi tempoh sama tahun lalu.
Menurutnya, jumlah demam denggi turut meningkat kepada 2,242 kes berbanding 1,956 kes pada minggu sebelumnya.
"Sebanyak 87 lokaliti kawasan panas dilaporkan pada minggu ini, sama seperti minggu sebelumnya dengan 49 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (22), Sabah (tujuh), Kedah (lima), Kuala Lumpur dan Putrajaya (tiga) serta Perak (satu)," katanya.
Ujar beliau, survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME19 dengan dua kes dari Selangor dan satu di Kuala Lumpur serta Putrajaya.
"Sebanyak 1,087 sampel darah dan 45 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!