'PBS tak mampu jadi wakil rakyat di Sandakan'
Yeo Bee Yin - Foto sumber internet
A
A
A
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kepimpinan PBS kini diterajui oleh bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga, tetapi gagal melaksanakan dua projek kritikal terhadap masalah tenaga yang sering dibelenggu rakyat di pantai timur Sabah.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa membatalkan projek saluran paip gas Sabah yang sepatutnya menyalurkan gas bagi penjanaan kuasa elektrik dari pantai barat ke pantai timur kerana hanya 11 peratus projek dilaksanakan, sedangkan 88 peratus daripada kos RM4 bilion telah pun dibelanjakan.
“Kerajaan sekarang juga terpaksa membatalkan projek geoterma di Tawau kerana tidak ada perkembangan dalam projek itu sejak 2016,” katanya pada ceramah umum DAP di Apartmen Indah Jaya di sini malam tadi.
Mengenai calon DAP Vivian Wong Shir Yee, 30, untuk bertanding kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini, menteri itu berkata umur dan gender bukan pengukur untuk menentukan kredibiliti seseorang.
“Vivian Wong mempunyai idealisme yang boleh dicapai. Saya yakin beliau akan membawa idealisme anak muda ke Parlimen dan kita perlu percaya pada anak muda dan juga wanita,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!