Takut aib terbongkar, Atta Halilintar tolak tanding pilihan raya
BARISAN selebriti terjun menyertai arena politik di Indonesia bagai menjadi sebuah fenomena baharu.
Selain nama-nama besar yang sedia ada memang sudah berkecimpung dalam dunia politik seperti Kris Dayanti, pencalonan anggota legislatif bagi Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024 juga datang daripada bintang terkenal lainnya.
Ini termasuklah penyanyi Marcell, Once dan dua anak pengasas band Dewa 19, El Rumi serta Al Ghazali.
Pada saat ramai rakan seperjuangan menyertai politik dan siap menjadi calon atau wakil rakyat parti masing-masing pada PEMILU 2024, lain halnya dengan YouTuber terkenal, Atta Halilintar.
Suami Aurel Hermasyah itu mengaku telah ‘dipinang’ oleh sebuah parti politik iaitu Parti Politik Indonesia untuk menjadi calon mereka dalam piliharan raya akan datang.
Namun Atta mengatakan menolak lamaran tersebut.
“Sebenarnya saya malas bercakap tentang hal ini. Jujur memang saya dapat tawaran untuk bergabung dengan sebuah pari politik besar.
“Tapi saya belum terpanggil untuk menyertai politik,” katanya seperti dilaporkan Tribunnews.com.
Atta, 28, juga mengaku menolak menyertai arena politik kerana tidak mahu aibnya terbongkar.
“Saya takut kerana sekarang akan menimang cahaya mata kedua.
“Di dunia hiburan sahaja sudah terdedah dengan banyak risiko aib lama atau semuanya dibongkar. Saya fikir dalam dunia politik hal ini ( bongkar aib) akan terjadi dengan lebih teruk.
“Saya rasa kalau masuk politik nanti aib akan dibongkar dan takut anak-anak melihatnya,” kata Atta.
Meski demikian, Atta mengatakan dia akan memikirkan untuk terjun ke arena politik apabila tiba masa yang sesuai dan tidak lagi memerlukan wang.
“Mungkin apabila saya sudah mendapatkan wang yang banyak daripada dunia hiburan, saya akan terjun ke dunia politik.
“Waktu itu, hidup saya hanya untuk rakyat,” katanya lagi. - Gempak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!