Perkhidmatan Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini
SHAH ALAM - Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad susulan penyelenggaran sistem tersebut minggu ini.
Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan antara perkhidmatan terlibat adalah mesin juruwang automatik (ATM), terminal layan diri, Maybank2U dan perbankan dalam talian.
"Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman anda.
"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank 1-300-88-6688 jika anda di Malaysia, atau 603-78443696 bagi luar negara," kata Maybank dalam kenyataan pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!