Shahronizam kongsi insiden jari kelingking terputus

Laporan Sinar Harian pada 12 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 12 April lalu.
A
A
A

MALANG tidak berbau... itulah boleh digambarkan mengenai nasib yang menimpa pelakon Shahronizam Noor apabila jari kelingkingnya terputus pada 10 April lalu.

Berkongsi mengenai insiden cemas itu, Shahronizam memberitahu jarinya terputus ketika dia sedang memotong ayam untuk diberikan kepada kucing-kucingnya.

"Ketika itu saya baru pulang dari lokasi penggambaran dan keseorangan di rumah. Saya nak beri kucing makan ayam yang saya beli. Tengah nak potongkan tu, saya terlepas ayam dan reflect dari itu, terkena jari saya.

“Saya terpotong habis jari sebab saya guna parang. Saya terus ambil tisu... ais untuk letak letak jari. Jadi selepas kejadian saya minta bantuan jiran untuk hantar ke hospital.

“Masa doktor buka balutan jari saya itu, darah terpancut-pancut... jari tak boleh nak sambung sebab terkena urat besar. Saya terpaksa tenangkan diri. Sempat balut tangan dan lihat sendiri jari sudah terputus.

“Kalau dalam keadaan cemas mungkin aliran darah akan lebih laju. Kalau saya panik mungkin boleh pengsan,” kata Shahronizam.

Shahronizam ditemui di majlis Aidilfitri Civicas Network & Meerqeen yang bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Shahronizam mendedahkan, dia tidak segera memaklumkan kejadian itu kepada isterinya iaitu Safura memandangkan penyanyi itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

"Rasanya selepas setengah jam di hospital baru saya beritahu keluarga. Mula tidak maklumkan jari putus namun terpaksa jelaskan sebab anak nampak keadaan jari saya pendek.

"Isteri pula dalam perjalanan pulang dan tidak mahu buat dia bimbang. Ketika itu saya sudah berada di hospital dan akan menerima rawatan jadi pasti keadaan saya sudah selamat.

"Kalau boleh tak mahu buat orang lain rasa panik disebabkan kejadian itu kerana mereka dalam perjalanan dan mungkin perkara lain boleh berlaku jika terlalu risau," ujarnya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!