Kanak-kanak 11 tahun ditahan dalam Op cegah jenayah
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata kesemua suspek berusia 11 hingga 46 tahun itu ditahan sejak 24 November hingga 13 Disember dalam 14 operasi yang dinamakan Op Pintu dan Op Lejang.
"Polis telah berjaya menyelesaikan 74 kes jenayah harta benda antaranya kes pecah rumah, curi kenderaan dan pecah stesen telekomunikasi di sini sepanjang tahun 2018, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Meng Seah berkata, pelbagai barangan dirampas antaranya barang kemas, telefon bimbit, barangan elektrik, jam tangan, komputer, kenderaan pacuan empat roda SUV Lexus, kereta Naza Citra, kereta Toyota Vios dan motosikal Honda Wave.
Beliau berkata, pemilik rumah serta kenderaan di bandar raya Miri diingatkan supaya meningkatkan tahap keselamatan sepanjang musim cuti serta musim perayaan untuk mengelak menjadi mangsa kes jenayah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!