Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pertembungan Harimau Malaya-Coldplay, Hannah minta tunggu undian

A
A
A

BERITA SEMASA 19 MEI 2023

Isu 'perebutan' Stadium Nasional Bukit Jalil antara Persatuan Bolasepak Malaysia dan kumpulan muzik dari United Kingdom, Coldplay menjadi antara isu yang diperdebatkan ketika ini.

'Igauan' ketika konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang membayangi saingan Piala AFF 2022 berdepan Thailand pada awal tahun lalu tampak bakal berulang pada November ini.

Ini kerana skuad negara akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi Kelayakan Piala Asia 2027 namun konsert Coldplay akan berlangsung, sehari selepas itu.

Ketika diminta mengulas mengenai situasi itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi bayangan beberapa pilihan sudah dibincangkan sebagai penyelesaian terbaik.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sudah membincangkan perkara ini bersama Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd Faidz Sanusi bagi mengelakkan isu sama berulang.

Tambah Hannah, Kementerian Belia dan Sukan sudah buat beberapa persiapan untuk melihat perlawanan bola pada 21 November ini, namun tunggu undian kelayakan Piala Asia pada Julai nanti.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian