Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pendaki OKU ME 2023,Hawari berjaya tawan puncak Everest pada Khamis. - Foto ihsan ME 2023.
Pendaki OKU ME 2023,Hawari berjaya tawan puncak Everest pada Khamis. - Foto ihsan ME 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) kategori orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, berjaya menawan puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut pada Khamis.

Hawari berjaya sampai di puncak pada jam 3.30 petang (waktu Nepal) dan kejayaannya itu turut dilaporkan media online tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT).

Pengarah Pengembaraan Perintis, Nivesh Karki berkata, ketika misi pendakian, pendaki OKU itu membawa bersama Jalur gemilang dan bendera negeri kelahirannya, Pulau Pinang.

“Kejayaannya membawa mesej baharu bahawa OKU juga mampu melakukan misi mencabar ini.

“Hawari menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia dengan kekurangan fizikal dirinya," katanya, sebagaimana dilaporkan THT.

Misi kali ini adalah percubaan kali kedua Hawari selepas tertangguh pada tahun lalu disebabkan faktor cuaca ribut salji dan dia dibimbing malim gunung, Chatur Man (Chakra) Rai sehingga ke puncak.

Selain Hawari, ME 2023 turut disertai tiga pendaki lain terdiri dari ketua misi, Azim Afif Ishak, 35; Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, dan Tiong Ling Yang, 30 serta mereka memulakan misi bermula 2 April lalu bagi menyesuaikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!