Lebih 100,000 rakyat AS maut ambil dos dadah berlebihan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) maut akibat mengambil dos dadah berlebihan pada 2022, lapor Xinhua berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Tahun 2022 merekodkan kira-kira 109,680 orang maut akibat mengambil dos dadah yang berlebihan, menurut CDC pada Rabu.

Sebanyak 71,000 kematian direkodkan pada 2019, diikuti 90,000 kematian pada 2020 dan buat kali pertama angka itu melepasi 100,000 pada 2021. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!