Dua gempa bumi kuat landa Kepulauan Loyalty

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi kuat berukuran 6.0 dan 7.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pertama berlaku pada jam 9.15 pagi itu berpusat di 913 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 58 km.

"Gempa kedua pula berlaku pada jam 10.10 pagi pada jarak 894 km barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 93km,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!