'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Awang Asim menunjukkan gambar terakhir yang dikongsikan adiknya, Awang Askandar sebelum memulakan pendakian ke kem pertama dalam misinya menawan puncak Gunung Everest.
Awang Asim menunjukkan gambar terakhir yang dikongsikan adiknya, Awang Askandar sebelum memulakan pendakian ke kem pertama dalam misinya menawan puncak Gunung Everest.
A
A
A

PAPAR - Terkejut, hiba dan seperti tidak percaya apabila mengetahui adik kesayangan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Awang Asim, 57, berkata, dia dimaklumkan berita mengejutkan itu oleh isteri Allahyarham sendiri kira-kira jam 5.30 petang Jumaat.

"Kali terakhir kami berhubung pada 7 Mei lalu melalui panggilan video dan ketika itu saya lihat dia tidak ceria mungkin disebabkan kepenatan.

"Malah dia turut berkongsi gambarnya sebelum menaiki kem yang pertama," katanya ketika ditemui Sinar Harian dikediamannya di Kampung Benoni di sini pada Sabtu.

Menurut Awan, usaha membawa turun jenazah sedang dilakukan namun ia mungkin mengambil masa beberapa hari termasuk proses membawa pulang ke kampung halaman.

"Sekarang tengah proses membawa turun jenazah daripada 'based camp' itupun mengambil masa dua atau tiga hari dan selepas selesai bedah siasat barulah jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia.

"Pihak keluarga sudah berhubung dengan Kementerian Luar Negeri untuk urusan membawa jenazah pulang dan isteri serta anak-anak Allahyarham yang berada di Kedah juga akan dibawa ke sini dengan bantuan daripada APM Pusat kerana jenazah akan dikebumikan di sini," katanya.

Diminta berkongsi mengenai keperibadian Allahyarham, Awang Asim berkata, adik bongsunya itu seorang yang sangat merendah diri serta baik hati.

"Dia seorang yang rendah diri, ringkas dan baik hati selain sangat menghormati adik-beradik serta orang yang lebih tua.

"Di kampung ini dia dikenali dengan nama Alex sejak dari zaman sekolah lagi dan walaupun dia seorang yang mempunyai kerjaya yang baik tetapi dia tidak pernah lupa untuk sentiasa memberi bantuan kepada orang lain termasuk adik-beradiknya sendiri," katanya.

Awang Asim menerima kunjungan daripada Aminurrahim Mohamed di kediaman Allahyarham di kampung halaman di Benoni, Papar.
Awang Asim menerima kunjungan daripada Aminurrahim Mohamed di kediaman Allahyarham di kampung halaman di Benoni, Papar.

Awang berkata, adiknya itu memang gemar dengan aktiviti sukan ekstrem dan usaha untuk menawan Gunung Everest adalah percubaannya kali kedua.

"Kami tidak pernah melarang untuk dia menyertai aktiviti sukan ekstrem kerana itu memang minat dia.

"Ini percubaan kedua dia untuk sampai ke puncak, tahun lalu dia pernah di 'based camp' tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jadi tahun ini kumpulan mereka cuba lagi dan saya tidak menyangka kemalangan berlaku," katanya.

Awang Askandar, 56, meninggalkan seorang balu serta enam anak berusia dua hingga 12 tahun dan menetap di Kedah.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada malam sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada APM.

"Allahyarham mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan sukar untuk dicari ganti. Beliau merupakan aset kepada APM dan misi ini adalah percubaan kali kedua.

"Kali pertama saya sendiri menasihatkannya supaya semak semula sebab keperluan untuk APM bertugas di tempat ekstrem seperti itu tiada.

"Tetapi semasa percubaan kedua kami telah dilibatkan di Turkiye dengan cuaca yang ekstrem, jadi pemergiannya itu kami harapkan sebagai panduan kepada pasukan APM supaya bersedia dalam cuaca sejuk," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!