Majlis Konvensyen MSU ke-31 rai 1,532 graduan

Seramai 1,532 graduan bergambar pada Majlis Konvokesyen MSU ke-31 di Dewan Canselor MSU, Selangor pada Ahad.
Seramai 1,532 graduan bergambar pada Majlis Konvokesyen MSU ke-31 di Dewan Canselor MSU, Selangor pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seramai 1,532 graduan dari 102 program pengajian menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-31 di Dewan Canselor MSU, Selangor pada Sabtu.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin yang merupakan Canselor MSU menyempurnakan majlis tersebut melibatkan 15 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (49), Sarjana Muda (581) dan Diploma (887).

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, lima kategori anugerah khas kecemerlangan diberikan kepada 40 graduan bagi mengiktiraf pencapaian keseluruhan di samping hadiah sumbangan Yayasan MSU berupa plak, wang tunai serta biasiswa bagi menyambung pengajian di MSU.

"Paling penting bagi universiti adalah menghasilkan graduan yang seimbang, holistik dan serba boleh.

"Kita melihat pencapaian akademik amat penting tetapi sama penting juga ialah nilai-nilai lain selain akademik, seperti kemahiran insaniah, kemahiran kebolehkerjaan, keusahawanan dan sebagainya," katanya ketika menyampaikan ucapan Majlis Konvokesyen MSU ke-31 di Dewan Canselor MSU pada Sabtu.

Mohd Shukri ketika menyampaikan ucapan Majlis Konvokesyen MSU ke-31 di Dewan Canselor MSU pada Sabtu.
Mohd Shukri ketika menyampaikan ucapan Majlis Konvokesyen MSU ke-31 di Dewan Canselor MSU pada Sabtu.

Turur hadir, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), Dr Danielle Valerinna Anak Charles dinobatkan Anugerah Pingat Emas Canselor dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-31.

Dalam pada itu, Anugerah Presiden pula menjadi milik graduan PhD Pengurusan Perniagaan, Ahmed Ali Jaleel; Muhammad Aidil Azami (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kardiovaskular (Kepujian)) dan Aida Qistina Uzma Mohd Yusoff (Diploma Seni Kulinari).

Selain itu, penerima Anugerah Cemerlang Mohd Shukri Yajid pula adalah Umassree Murugesan (Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)).

Sementara itu, 23 graduan bakal menerima Anugerah Akademik dan 12 graduan menerima Anugerah Industri.

Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE) dan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Professional Studies (FBMP) merupakan fakulti dengan graduan dari bilangan program terbanyak iaitu 20 program pengajian dengan Sekolah Pendidikan dan Sains Sosial (SESS) menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 379 graduan.

Di samping itu, Mohd Shukri berkata, MSU terus memperkasakan aspek keusahawanan dan kebolehkerjaan melalui inisiatif MSU100 iaitu 100 graduan dari universiti tersebut diikitiraf sebagai mereka yang berjaya dalam perniagaan mereka.

“Kita dah ‘kick-off’ (bermula) dan sekarang kita dalam proses pengumpulan data. Sebab itu saya menyebut kelayakan mikro, kita nak tengok apa yang mereka tidak cukup? Misalnya pengurusan tunai, kita akan bagi dan pertingkatkan kemahiran mereka.

“Jadi maknanya dalam konteks kita, kita hendak perkukuhkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan program keusahawanan di universiti, bukan sahaja pada ‘mindset’ tetapi menjadi usahawan sejati,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!