Penghasilan tembakau
Pengusaha tembakau Fauziah Ali, 57, melakukan proses menjemur daun tembakau ketika tinjauan di Kampung Panjang hari ini.
Cuaca panas ekstrem yang melanda Kelantan sejak beberapa minggu lepas memberi peluang kepada pengusaha melakukan semua aktiviti berkaitan penghasilan tembakau dengan baik dan lancar.
Menurut Fauziah aktiviti mengeringkan daun tembakau itu menjadi lebih cepat iaitu sehari berbanding pada kebiasaannya dua hari. Hal ini memberikan banyak kelebihan kepada pengusaha untuk mengeluarkan produk dengan lebih banyak bagi memenuhi permintaan pasaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!