Pengusaha kebun menang Mercedes Benz C200

Chin Eng dan isterinya bergambar di samping kereta yang dimenangi dalam Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 Casa-i (SBMB 2.0) MBSB Bank.
Chin Eng dan isterinya bergambar di samping kereta yang dimenangi dalam Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 Casa-i (SBMB 2.0) MBSB Bank.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengusaha kebun diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan utama Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-I (SBMB 2.0) MBSB Bank Berhad (MBSB) yang membawa pulang kereta mewah jenis Mercedes Benz C200.

Ong Chin Eng, 65, yang berasal dari Kluang, Johor berkata, dia seakan tidak percaya apabila namanya terpilih sebagai pemenang bagi cabutan utama untuk suku kedua SBMB 2.0.

Menurutnya, beliau telah menyimpan bersama bank berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu dan menganggap hadiah yang diterimanya sebagai durian runtuh.

"Bila saya terima panggilan memaklumkan kemenangan ini saya memang tidak percaya...Berulang kali saya bertanya adakah betul saya menang dan selepas pihak bank sahkan saya menjerit gembira.

“Perasaan saya sangat gembira, teruja dan tak sabar untuk pandu kereta baharu ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Kempen Simpanan Berganda Menang Bergaya 2.0 Casa-i di sini, pada Ahad.

Selain Chin Eng, enam lagi pemenang iaitu Yong Pao Chui, Ong Chin Boon, Nurul Huda Osman, Yeoh Kwee Hong, Kung Lai Kheng dan Chan Wei Meng masing-masing membawa pulang wafer emas keluaran syarikat Habib Jewel bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau Wilayah Utara.

Pemenang Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 Casa-i (SBMB 2.0) MBSB Bank bergambar bersama Ramanathan selepas majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada Ahad.
Pemenang Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 Casa-i (SBMB 2.0) MBSB Bank bergambar bersama Ramanathan selepas majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan MBSB Bank, R Ramanathan berkata, sejak bermulanya kempen tersebut iaitu September tahun lepas hingga bulan ini, pihaknya telah menerima sebanyak 62,638 penyertaan.

Menurutnya, MBSB Bank juga melihat peningkatan dalam jumlah deposit akaun simpanan dan akaun semasa PrimeWin-i melalui kempen itu dan amat menghargai sokongan yang diberi oleh para pelanggan.

Katanya, selain kereta mewah, pelbagai hadiah lain termasuk motosikal, telefon pintar dan wang tunai yang secara keseluruhannya bernilai RM2.4 juta ditawarkan sepanjang kempen tersebut.

“Kempen ini ada tujuh kategori cabutan iaitu bulanan, kesetiaan, simpanan baharu, digital, simpanan tinggi serantau, istimewa serta utama.

“Mereka yang berminat menyertai kempen SBMB 2.0 ini boleh membuka akaun simpanan atau Akaun Semasa PrimeWin-i dengan jumlah deposit minimum iaitu RM100 di mana-mana cawangan MBSB Bank atau secara dalam talian di www.mbsbbank.com,” katanya yang menambah, kempen tersebut dijangka berakhir hujung bulan ini.

Selain pemenang cabutan utama serta enam pemenang cabutan simpanan tinggi serantau, turut diumumkan pada majlis penyampaian hadiah itu ialah sembilan pemenang hadiah cabutan istimewa.

Antara hadiah yang ditawarkan untuk kategori cabutan itu ialah sebuah basikal lipat Croze Pro, pakej umrah, pakej percutian ke Eropah, Thermomix, Wafer Emas Habib serta Kad Hadiah Petronas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!