Tempoh reman pegawai JPJ dilanjutkan

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan tempoh tahanan reman seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Perintah dikeluarkan Majistret Nur Fardrina Zulkhairi itu dilanjutkan sehingga 6 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih di Pulau Pinang.

Terdahulu, pegawai berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman seminggu bagi membantu siasatan kes rasuah yang dipercayai membabitkan ramai pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan berkenaan di negeri ini.

Penahanan itu adalah siri yang ketiga selepas 46 anggota JPJ Pulau Pinang dipanggil untuk memberi keterangan kes sama sejak dua minggu lalu.

Rabu lalu, 23 daripada 24 anggota penguat kuasa JPJ negeri yang direman SPRM dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi masih ditahan berikutan siasatan ke atasnya belum selesai.

Beberapa hari selepas itu, 22 anggota penguat kuasa lagi ditahan namun 17 daripada mereka difahamkan dibebaskan dengan jaminan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima penguat kuasa JPJ direman, 17 dibebaskan dengan jaminan

Minggu berikutnya, dua lagi anggota penguat kuasa JPJ termasuk seorang dari JPJ Perlis turut direman berhubung kes sama.

Semua penguatkuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!