China 'cancel' Uncle Roger

Nigel Ng mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan. - Foto Agensi
Nigel Ng mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - China bertindak tegas terhadap akaun milik pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Roger selepas dia mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan.

Gurauan melampau Ng membawa padah apabila dia kehilangan akaun miliknya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Weibo.

Weibo dalam satu kenyataan memaklumkan akaun tersebut didapati melanggar peraturan.

Selain itu, akaun Ng di laman perkongsian video di Shanghai, Bilibili juga digantung.

Menurut pengguna media sosial, Uncle Roger kena ‘cancel’ kerana klip yang dikongsi di Twitter mengenai sebuah rancangan yang bakal disiarkan pada bulan depan.

Ketika bercakap dengan penonton, Uncle Roger dengan selamba membidas rangkaian pengawasan dilakukan Beijing dan menyebut isu dasar Satu China ketika berjenaka tentang Taiwan.

Pada Rabu, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta) dan turut mengancam mengambil tindakan undang-undang lebih tegas gara-gara jenaka disifatkan melampau terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!