Syafiq Ridhwan, Siti Safiyah naib juara Terbuka Filipina

Ahmad Azriq, Syafiq Ridhwan dan Siti Safiyah Amirah.
Ahmad Azriq, Syafiq Ridhwan dan Siti Safiyah Amirah.
A
A
A

PEMAIN boling kebangsaan, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul naib juara pada Kejohanan Boling Terbuka Filipina kali ke-4 di Manila, pada Ahad.

Syafiq, 36, yang mara ke final sebagai pilihan utama, tewas 175-248 kepada Darren Ong dari Singapura.

Seorang lagi pemain, Ahmad Azriq Izamudin menduduki tempat ketiga selepas kalah 203-279 kepada Darren pada separuh akhir.

Sementara itu, pada peringkat akhir wanita, Siti Safiyah kehilangan gelaran kepada wakil tuan rumah Marie Alexis Sy, selepas tumbang 216-279.

Pemain berusia 32 tahun itu mara ke final selepas menyingkirkan pemain Singapura Jazreel Tan Shi Hua 209-191.

Pada Jumaat, pemain muda negara Syabil Azam Syamsul Azam dan Nurul Anis Nabila Nizam masing-masing merangkul gelaran terbuka remaja lelaki dan wanita. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!