MB Perak akan jelas isu ADUN lompat parti hari ini

MB Perak disahkan akan adakan satu sidang media khas bagi menjelaskan isu berkaitan spekulasi gerakan jatuhkan Kerajaan Perpaduan negeri itu sebelum sidang DUN hari ini.
MB Perak disahkan akan adakan satu sidang media khas bagi menjelaskan isu berkaitan spekulasi gerakan jatuhkan Kerajaan Perpaduan negeri itu sebelum sidang DUN hari ini.
A
A
A

IPOH - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengesahkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bakal mengadakan sidang akhbar tergempar bersama-sama 32 ADUN penyokong kerajaan sebelum bermulanya sidang DUN pada Isnin.

ADUN Behrang, Salina Samsudin berkata, keputusan sidang media khas itu diadakan bagi memperjelaskan dakwaan Ketua Pembangkang DUN, Razman Zakaria kononnya terdapat beberapa ADUN bertindak berjumpa dengan Pesuruhjaya Pas Perak itu, di tengah-tengah spekulasi wujud gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, sidang akhbar diketuai Saarani itu bertujuan membuktikan semangat kebersamaan di antara ADUN penyokong kerajaan negeri terutama sembilan ADUN BN adalah sangat kukuh.

Beliau turut menolak sebarang kemungkinan terdapat usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Saarani selaku Menteri Besar yang mungkin akan dikemukakan oleh mana-mana ADUN Kerajaan Negeri pada sidang DUN.

* Baca berita selanjutnya di Sinar Premium

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan Perak masih kukuh dengan sokongan 32 ADUN - Saarani

'Sudah-sudahlah nak jatuhkan kerajaan'

Kerjasama dengan UMNO tak pinggirkan Amanah - Mujahid

Kerajaan Perak goyah: Razman dicabar kemuka bukti

Tak perlu pinda, Pelan Perak Sejahtera selari dasar Malaysia Madani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!