Kerajaan gagal tunai janji, kos sara hidup melambung - Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan didakwa gagal menunaikan janji kepada rakyat terutama dalam menyelesaikan isu kos sara hidup yang melambung tinggi.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang tidak meletakkan inisiatif terutama dalam mengendalikan masalah inflasi.
"Namun agak malang sekali harapan yang menjadi harapan yang sia-sia sahaja. Nampak sangat 'power' kerajaan Pusat khususnya, dan kerajaan ini tidak berupaya.
"Nak membuktikan kecekapan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam bidang ekonomi.... harga barang-barang yang masih melambung naik, kos sara hidup yang tidak dapat terurus. Ini tidak termasuk masalah inflasi yang melanda negara sejak berapa tahun," katanya di Majlis Sambutan Aidilfitri Perikatan Nasional pada Ahad.
Dalam masa sama, beliau kecewa apabila Kerajaan Perpaduan tidak tampil dengan inisiatif konkrit dan jitu untuk menyelesaikan dan membantu masalah rakyat di negara ini.
Sementara itu, Muhyiddin mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) gagal membuktikan mereka berupaya menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk larangan penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut agama bukan Islam di Selangor. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!