Liverpool tetap mampu tarik pemain bintang

Van Dijk - Foto: EPA
Van Dijk - Foto: EPA
A
A
A

VIRGIL van Dijk menyangkal kegagalan Liverpool untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan akan menyukarkan kelab itu untuk menarik minat pemain berkualiti menyertai The Reds.

Keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Aston Villa pada Sabtu menamatkan usaha kelab itu untuk berada di kedudukan empat teratas liga.

Mereka perlu mengharapkan sama ada Newcastle United atau Manchester United kalah dalam kedua-dua baki perlawanan mereka.

Ia adalah kemungkinan yang agak mustahil dan Van Dijk menegaskan pemain terbaik tetap akan menyertai pasukan walaupun beraksi di Liga Europa.

"Jelas sekali peluang untuk bermain di Liga Juara-Juara agak tipis dan sukar. Tetapi, persiapan pramusim akan menjadi sangat penting. Saya sangat teruja untuk musim depan.

"Banyak perkara yang perlu diusahakan tetapi perkara yang baik dalam kes ini ialah kami mempunyai seluruh pramusim untuk memperbaiki pasukan.

"Terdapat pemain yang akan berhijrah dan ada juga pemain masuk dan bersedia untuk permulaan pramusim.

"Semua orang tahu kami telah melalui sedikit peralihan. Jika saya seorang pemain yang sedang meningkat naik dan Liverpool menghubungi saya, saya pasti sangat berminat menyertai pasukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!