Bangunan KWSP terbakar lagi
PETALING JAYA - Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, sekali lagi terbakar pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.39 pagi berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan bangunan KWSP di tingkat 4 dan tingkat 5, namun api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 11.08 pagi.
"Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian ini dan Ketua Balai berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bangunan sama pernah terbakar pada 2018.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!