Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Kerajaan Muhyiddin' jadi tumpuan Dewan Rakyat

A
A
A

BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal kedua Parlimen ke-15 yang bermula hari ini kecoh apabila Jamaludin Yahya (Pasir Salak-PN) meminta Lim Guan Eng (Bagan-DAP) menarik balik kenyataan 'Kerajaan Tan Sri Muhyiddin' yang disebutnya ketika menjawab persoalan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau-PN) turut mendakwa Guan Eng bersangka jahat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menggunakan nama bekas Perdana Menteri itu tanpa menyebut nama kawasan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian