Michael Ang mengaku sudah setahun peluk Islam

Michael juga telah memuat naik pengakuan itu di Instagram miliknya hari ini.
Michael juga telah memuat naik pengakuan itu di Instagram miliknya hari ini.
A
A
A

PENGARAH dan penerbit, Michael Ang mengakui telah memeluk Islam kira-kira setahun lalu.

Michael telah berkongsi perkara baik itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila mengunjungi masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

"Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

"Sejujurnya selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang harus pelajari.

"Bila mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada melihat saya di masjid dan memperkatakan perkara ini," katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Offical Ria X.

Penularan rakaman video berdurasi satu minit 42 saat itu di media sosial akhirnya menjawab segala persoalan tentang status agamanya.

Beliau juga telah memuat naik pengakuan itu di Instagram miliknya hari ini.

"Assalamualaikum! Saya budak baru kalau ada salah tolong tegur. Doakanla yang baik-baik, maaf kalau saya rahsiakan ini sudah lebih dari setahun.

Artikel Berkaitan:

"Cuma saya rasa pekara ni adalah antara saya dengan ALLAH dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tengok la video ini," katanya.

Sementara itu, video dimuat naik semalam meraih lebih 11,000 tontonan dari neizen yang rata-rata menzahirkan rasa syukur di atas penghijrahan beliau.

Seorang netizen, Juriah Hashim bersyukur dan menzahirkan terima kasih kerana percaya Islam.

"Alhamdulilah... terima kasih sebab percayakan agama Islam dan kedatangan Michael dialukan.

"Moga ALLAH berikan kekuatan iman agar dapat tempuhi dugaan hidup sebagai seorang Muslim," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!