Pengasuh ditahan bantu siasat kes kematian bayi tiga bulan

Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di sebuah rumah di sini pada 9 Mei lalu.(Gambar hiasan) (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di sebuah rumah di sini pada 9 Mei lalu.(Gambar hiasan) (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di sebuah rumah di sini pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 31 tahun yang juga seorang pengasuh ditahan di rumahnya pada jam 5.30 petang, 13 Mei lalu.

"Suspek telah diberi jamin selepas polis merakam keterangannya, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap bayi di rumah kediamannya sehingga menyebabkan kematian.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03 -79662222," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!