Nagarajan berjaya tawan Everest, tujuh benua
SHAH ALAM - Seorang lagi pendaki Malaysia, RJ Nagarajan berjaya menakluk Gunung Everest sekali gus melengkapkan pendakiannya bagi menawan puncak tertinggi di tujuh benua.
Pengasas ZEROTO8000, Mohd Khafiz Bachok berkata, pendaki berusia 59 tahun itu berjaya mendaki puncak tertinggi dunia tersebut dengan ketinggian 8,850 meter dari aras laut pada jam 10.30 pagi tadi, waktu tempatan.
"Ia sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia kedua berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua versi Ralhold Messner dan pendaki keempat di Malaysia, yang dikenali sebagai 'World 7 Summit', iaitu antara pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian.
"Sebelum ini, Nagarajan yang lebih mesra dipanggil RJ ataupun Rajan, berjaya mendaki Gunung Aconcagua di Argentina pada ketinggian 6,961 meter iaitu puncak tertinggi di benua Amerika Selatan, Gunung Denali di Amerika Syarikat (6,194 meter, di benua Amerika Utara) dan Gunung Kilimanjaro di Tanzania (5,895 meter, di benua Afrika), " katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Selain itu, beliau juga pernah mendaki Gunung Elbrus di Rusia pada ketinggian 5,642 meter iaitu puncak tertinggi di benua Eropah, Gunung Vinson (4,892 meter, di benua Antartika), Gunung Kosciuszko di Australia (2,228 meter, di benua Australia) dan Gunung Mont Blanc, di Perancis dan Puncak Jaya di Irian Jaya, masing-masing pada ketinggian 4,810 dan 4,884 meter.
Tambah Mohd Khafiz, Nagarajan mengambil masa tujuh tahun sejak tahun 2016 untuk melengkapkan semua pendakian tersebut.
"Menurut Rajan, pendakian beliau adalah untuk menyampaikan mesej bagi memberi semangat (kepada rakyat) Malaysia untuk berdikari dalam mengejar impian dan mencipta kejayaan.
"Setiap rakyat Malaysia harus berusaha berdikari dalam mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.
"Beliau sendiri melakukan semua pendakian ini dengan bekerja keras mengumpul dana sendiri dan kini terbukti berjaya dan semangat inilah yang sedang diterapkan di dalam minda rakyat Malaysia oleh ZEROTO8000, bukan hanya dalam aktiviti pendakian, tetapi dalam apa jua impian yang dimiliki oleh mereka," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest
Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara
Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest
'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'
Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung
'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'
Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse
Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest
Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest
Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest
Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki
Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu
Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar
Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar
Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!