'Serambi Saudi' bolehkan 107,000 jemaah tawaf dalam sejam
Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan perkara itu pada Ahad, lapor Saudi Gazette.
Bangunan ini mempunyai empat tingkat dan mampu menampung 287,000 jemaah dan membolehkan 107,000 orang melakukan tawaf di Kaabah sejam.
"Pengasas Arab Saudi moden, Raja Abdul Aziz mengarahkan projek naik taraf Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah haji, dan kerja-kerja naik taraf bermula semasa zaman Raja Saud pada 1955,” menurut Saudi Gazette.
"Serambi Saudi yang mengelilingi Serambi Abbasiyah, menampilkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah Masjidil Haram sebelum ini.
"Serambi Saudi menyediakan ruang yang lebih luas berdasarkan piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat,” kata Al-Sudais.
Menurut data rasmi, lebih dua juta jemaah haji akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!