Jenazah Awang Askandar dibawa turun

Awang Iskandar
Awang Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Lt Kol Angkatan Pertahanan Awam (APM), Awang Askandar Ampuan Yaacub, dibawa turun dari kem empat bermula 7 pagi waktu Nepal pada Isnin.

Ketua Misi ME 2023,Azim Afif Ishak, berkata, proses menurunkan jenazah dikendalikan enam sherpa secara manual menggunakan pengusung dan dilakukan secara bergilir-gilir sehingga ke kem dua.

Menurut beliau, sebelum dibawa turun jasadnya perlu diikat terlebihi dahulu pada pengusung bagi keselamatan.

Katanya, jenazah dijangka tiba di kem dua pada lewat petang atau malam dan akan diterbangkan terus ke hospital di Kathmandu dengan helikopter bagi proses bedah siasat dan seterusnya.

"Bagaimanapun, perkara ini bergantung kepada keadaan cuaca dan sekiranya tidak mengizinkan jenazah akan diterbangkan esok pagi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Baru-baru ini media melaporkan, Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia selepas berhadapan masalah kesihatan ketika berada pada jarak 8,000 meter dari aras laut dalam misi menawan puncak Everest yang hanya memerlukan kira-kira 20 minit sampai ke puncak.

Dalam perkembangan lain Azim memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki ME 2023 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim yang hilang masih diteruskan sehingga 28 Mei ini.

Katanya, misi memasuki hari keempat itu melibatkan Persatuan Operator Ekspedisi membabitkan semua operator yang ada termasuk pihak sherpa dilantik.

"Aktiviti pendakian ke puncak akan ditutup bermula 29 Mei ini dan beberapa prosedur perlu dibuat dan dipatuhi sekiranya jasad Hawari tidak ditemui," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!