Bangun perumahan B40 di tanah wakaf
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana, tanah wakaf berada di bawah kerajaan negeri dan Sultan.
"Buat masa ini, kita sedang siapkan kertas kerja untuk cadangan tersebut.
"Kemudian, apabila kertas kerja itu telah siap, kita akan bentangkannya di peringkat kerajaan negeri," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan cadangan tersebut.
Sebelum ini, KPKT sedang mengenal pasti tanah wakaf di negara ini yang boleh dibangunkan dengan projek perumahan untuk golongan B40.
Zuraida berkata, pihaknya turut mewajibkan agar kerajaan negeri tampil memberikan tanah kepada KPKT untuk tujuan sama.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke kilang plastik Intraco See Hau Global Sdn Bhd di Ulu Tiram, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Zuraida memberitahu, mengikut siasatan yang dijalankan terdapat 114 kilang yang sudah berdaftar sebagai pengimport plastik berguna di negara ini.
"Tetapi, selepas kes tersebar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, telah membuat lawatan ke atas 114 kilang berkenaan dan mendapati hanya lapan kilang sahaja yang mengikut syarat yang telah ditetapkan.
"Atas sebab itu, kita beku pengeluaran import plastik dan kita minta dalam tempoh tiga bulan untuk mereka membuat permohonan semula berdasarkan syarat baharu yang telah ditetapkan.
"Namun, berdasarkan syarat baharu, hanya satu kilang sahaja dapat saya luluskan untuk mengimport plastik berguna setakat ini kerana yang lain belum lagi menepati syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!