Newcastle kembali ke Liga Juara-Juara selepas 20 tahun

Newcastle United mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara selepas seri menentang Leicester. - Foto AFP
Newcastle United mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara selepas seri menentang Leicester. - Foto AFP
A
A
A

EDDIE Howe memuji para pemain Newcastle United yang menampilkan persembahan luar biasa selepas mereka layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas seri 0-0 menentang Leicester pada Selasa.

Ia turut dibantu keputusan seri Liverpool dengan Aston Villa pada Sabtu yang bermakna Newcastle hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk memastikan tempat ke Liga Juara-Juara.

"Ia satu kelegaan yang besar sebenarnya, malam yang menakjubkan. Anda sentiasa berharap dan anda perlu bermimpi. Tetapi kami tidak berasakan kami bersedia untuk empat teratas.

"Selepas berjaya mengelakkan tersingkir musim lalu, ia adalah persoalan sama ada kami menjadi pasukan yang lebih baik.

"Saya perlu memuji seluruh skuad kerana secara fizikal ia adalah satu permintaan yang besar. Mereka telah melihat hasil kerja mereka sendiri," katanya.

Kebangkitan luar biasa Newcastle daripada pasukan yang berdepan penyingkiran ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris hanya dalam 18 bulan adalah hasil daripada bimbingan Howe dan sokongan kewangan daripada kumpulan pemilik dari Arab Saudi.

The Magpies juga mara ke final domestik pertama sejak 1999 musim ini namun, tewas kepada Manchester United dalam Piala Liga.

Selepas kali terakhir memenangi Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Bobby Robson pada 2003, Newcastle yang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dua dekad lalu percaya mereka kini mampu menjadi calon kejuaraan sekali lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!